array(5) {
  ["library"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["result"]=>
  string(6) "0.0550"
  ["book"]=>
  string(6) "0.0047"
  ["slice"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["all"]=>
  string(6) "0.0597"
}
Jalan ke Taman: Esei-esei Penghargaan untuk Profesor Ali Ahmad | Jelani Harun | PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA | 9789838616713 | BookCapital - Capital For Books

Jalan ke Taman: Esei-esei Penghargaan untuk Profesor Ali Ahmad by Jelani Harun

Jalan ke Taman: Esei-esei Penghargaan untuk Profesor Ali Ahmad by Jelani Harun from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Jelani Harun
Category: General Academics
ISBN: 9789838616713
File Size: 1.51 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Penerbitan buku Jalan ke Taman: Esei-esei Penghargaan untuk Profesor Ali Ahmad ini adalah suatu penghargaan khusus para sarjana terhadap Profesor Ali Ahmad yang telah banyak menabur jasa dan sumbangan berharga kepada sejarah perkembangan kesusasteraan tanah air. Isi kandungan buku menyentuh kepelbagaian tema dan bahan perbincangan yang suatu waktu dahulu pernah menjadi tumpuan penelitian Profesor Ali Ahmad, sama ada dalam konteks kajian kesusasteraan tradisional mahupun moden. Dalam kepelbagaian tema dan bahan perbincangan tersebut terangkum suatu kesatuan pendapat yang melihat kepentingan dan kerelevanan ilmu kesusasteraan sebagai wadah pemikiran dan pengukuhan tamadun hidup bangsa. Isu-isu dan perbincangan yang diutarakan dalam buku ini diharap dapat membangkitkan semula ingatan Profesor Ali Ahmad terhadap dunia kesarjanaan dan kesusasteraan yang pernah menjadi begitu sebati dengan kehidupannya. Beliau seorang tokoh yang telah meninggalkan pengaruh kepada pengajian kesusasteraan Melayu yang terus kukuh berperanan dalam proses pembangunan negara hari ini. Daripada tradisi hikayat dan sejarah, Profesor Ali Ahmad akhirnya menemukan tasawur Islam untuk arah masa depan kesusasteraan Melayu. Dalam harapan yang lebih luas, topik-topik perbincangan dalam buku ini diharap dapat membuka minda para pembaca secara keseluruhannya tentang kewujudan kesusasteraan Melayu yang semakin menuju ke tahap kematangan dan kemantapannya.

Reviews

Write your review

Recommended