Magnet Diri - Edisi Kemas Kini by Amin Idris

Magnet Diri - Edisi Kemas Kini by Amin Idris from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Amin Idris
Category: Motivation
ISBN: 978-967-411-147-2
File Size: 1.91 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Sinopsis

Magnet Diri: Cipta Diri Lebih Berpengaruh dan Berjaya adalah nukilan khusus Amin Idris untuk semua lapisan masyarakat. Daripada seorang ahli politik, pegawai kerajaan, pendakwah, usahawan, eksekutif, staf, petugas organisasi, pensyarah, guru, mahupun seorang individu biasa, buku ini begitu relevan dalam meningkatkan kualiti diri khususnya dalam hidup bermasyarakat. Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: 1) Analogi yang menerangkan anjakan paradigma, perkara asas, prinsip, dan falsafah. 2) Energi yang menjelaskan persoalan penerimaan diri dan bagaimana mengoptimumkan prestasi serta potensi diri. 3) Sinergi, iaitu bagaimana teknik menjadikan diri kita lebih menarik sekali gus membuatkan orang lain rasa tertarik apabila bersua dengan kita. Setiap tajuk disertakan dengan: - Cadangan tindakan susulan sama ada dalam bentuk tip, kesimpulan, senarai tindakan, dan ringkasan. - Terdapat juga beberapa aktiviti interaktif melalui borang-borang aktiviti. - Teori-teori dalam bentuk realistik. - Tip berpengaruh daripada individu berpengaruh. Apa yang dikongsikan dalam buku ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Malah falsafah, petua, dan tip yang terkandung dalam buku ini adalah sesuatu yang fitrah dan diketahui umum, tetapi ia semakin dilupakan. Hal ini disebabkan oleh peredaran zaman dan perkembangan teknologi maklumat yang pantas menyebabkan kita kadangkala terlupa perkara-perkara yang fitrah. Buku ini mempersembahkan fitrah itu dengan pendekatan baru, segar, dan disusun semula secara sistematik bagi memudahkan pembaca mengikuti seterusnya mempraktikkan ilmu dalam buku ini.

Reviews

Write your review

Recommended