Sejarah Masyarakat Melayu Moden by Khoo Kay Kim

Sejarah Masyarakat Melayu Moden by Khoo Kay Kim from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Khoo Kay Kim
Category: General Academics
ISBN: 978-983-1005-72-9
File Size: 4.26 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Sinopsis

"Dalam monograf ini tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah begitu baru; tetapi tajuk- tajuk yang agak lama itu dibincangkan dengan cara yang lebih terperinci dan tepat. Kita sesungguhnya masih dalam proses mengkaji kembali sejarah Malaysia; dalam pada itu, tumpuan pada peringkat awal, seharusnya kepada perkara-perkara yang diketahui tetapi perlu dilihat dengan perspektif baru dan mungkin (sebagaimana dilakukan dalam monograf ini) perlu disusun semula supaya ia dapat menyampaikan makna yang tidak begitu jelas pada masa dahulu. Satu masalah sejarah Malaysia (yang memberi tumpuan kepada masyarakat Malaysia) ialah ia belum ditulis dengan penuh ketelitian. Pada masa dahulu penulis-penulis tempatan amat cuai tentang tarikh dan susunan perkembangan satu-satu peristiwa. Oleh yang demikian monograf ini bukan hanya bertujuan mengisi kekosongan tetapi juga membetulkan kesilapan-kesilapan yang terdapat dalam tulisan- tulisan lama. Sejarah adalah satu disiplin ilmiah maka pendekatannya juga seharusnya bersifat ilmiah. Apabila para pelajar dan peminat sejarah sudah sedar tentang hakikat ini maka mereka juga dapat bersama-sama melibatkan diri dalam usaha untuk mengkaji semula sejarah Malaysia."

Reviews

Write your review

Recommended