array(5) {
  ["library"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["result"]=>
  string(6) "1.1058"
  ["book"]=>
  string(6) "0.0055"
  ["slice"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["all"]=>
  string(6) "1.1114"
}
Perubahan Landskap Kesihatan Gastrousus di Malaysia | Lee Yeong Yeh | PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA | 978-967-461-161-3 | BookCapital - Capital For Books

Perubahan Landskap Kesihatan Gastrousus di Malaysia by Lee Yeong Yeh

Perubahan Landskap Kesihatan Gastrousus di Malaysia by Lee Yeong Yeh from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Lee Yeong Yeh
Category: Science
ISBN: 978-967-461-161-3
File Size: 6.64 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

"Landskap penyakit gastrousus di Malaysia telah banyak berubah. Pada peringkat awal sejarah negara, penyakit berjangkit yang berasal daripada gastrousus adalah lebih kerap dijumpai disebabkan keadaan hidup yang kurang bersih. Antaranya adalah jangkitan kuman Helicobacter pylori yang dijumpai dalam perut dan ia boleh menyebabkan penyakit ulser (luka dalam perut) dan kanser perut. Akan tetapi dengan perkembangan ekonomi, kini penyakit gastrousus di Malaysia sedang mengikuti trend obesiti yang semakin meningkat. Ternyata bahawa rakyat Malaysia menghadapi masalah obesiti yang lebih besar berbanding rakyat negara lain di Asia Tenggara. Ramai penduduk Malaysia yang menghubungkaitkan obesiti dengan penyakit jantung, kencing manis dan strok, tetapi ramai yang tidak perasan bahawa obesiti juga mengancam kesihatan gastrousus. Hal ini amat membimbangkan kerana dijangka bahawa penyakit kanser gastrousus akan meningkat tiga kali ganda dalam dekad terdekat. Begitu juga dengan penyakit refluks berasid, iaitu penyakit yang disebabkan oleh pendedahan esofagus (paip menelan) kepada asid perut. Selain simptom-simptom seperti pedih ulu hati, pesakit juga terdedah pada kanser esofagus. Faktor mekanisme refluks berasid adalah tidak nyata tetapi tetapi faktor obesiti mempunyai kaitan yang amat rapat. Kajian seterusnya menunjukkan bahawa gangguan fungsi perintang refluks adalah mekanisme yang penting di sebalik obesiti. Trend yang terkini dan sedang menarik perhatian para saintis dan kalangan doctor adalah kajian berkenaan mikrobiota dalam gastrousus. Mikrobiota adalah bakteria yang berada dalam saluran gastrousus dan hanya mampu dikenal pasti melalui teknologi biologi molekular yang moden. Keseimbangan mikribiota adalah amat penting dan kewujudan gangguan boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit gastrousus, penyakit saraf dan penyakit metabolik. Jelas bahawa lebih banyak kajian perlu dibuat oleh para saintis dan doctor di Malaysia. Tetapi yang paling penting adalah rakyat Malaysia perlu mula memberi perhatian terhadap kesihatan gastrousus sebelum mereka diancam oleh penyakit kanser."

Reviews

Write your review

Recommended